
Tujuan Penubuhan KGMK
1. Menyatupadukan guru-guru di sekolah-sekolah kerajaan di dalam negeri Kelantan dalam meninggikan taraf perkhidmatan, sosial dan intelek mereka.
2. Mendapatkan dan mempertahankan bayaran-bayaran yang adil dan sempurna, jaminan pekerjaan dengan syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan dan memberi nasihat serta pertolongan yang sewajarnya.
3. Mewujudkan hubungan baik di antara majikan dengan pekerja, ahli dengan ahli, dan di antara ahli dengan pekerja-pekerja lain dalam menyelesaikan sebarang perselisihan di antara mereka secara bermuafakat dan bertolak ansur.
4. Menyediakan bantuan guaman kepada ahli-ahli yang teraniaya dalam kes-kes yang berkaitan dengan perjawatan.
5. Menubuhkan satu tabung derma kebajikan untuk membantu ahli-ahli dalam perkara-perkara yang diputuskan oleh Majlis Kerja kesatuan.
6. Memajukan kebajikan ahli dari segi sosial, kebendaan, dan pendidikan mengikut undang-undang.